Friday, January 30, 2009

Lagu Tema Telemovie "Radio Ga Ga"

Photo owned by Nizam Zakaria

Ramai yang tak tahu tapi sebenarnya salah satu lagu dari ep pertama kami iaitu Katakan Padaku telah dipilih untuk menjadi lagu tema untuk sebuah telemovie "Radio Ga Ga" terbitan Zeel Production yang telah ke udara di RTM 1 pada penghujung tahun 2007 dan telah diulang tayang pada penghujung tahun 2008. Pengarah telemovie tersebut, saudara Nizam Zakaria secara peribadinya menyukai lagu ini dan telah meminta untuk memasukkan lagu Katakan Padaku sebagai lagu tema. Lagu ini pada asalnya dimuatkan kedalam kompilasi "Bollok Wok 3" yang merupakan himpunan band-band dari Terengganu dan versi yang terdapat didalam kompilasi tersebut adalah versi yang berlainan daripada versi ep kami. Kedua-dua versi tersebut ada dimuatkan didalam telemovie "Radio Ga Ga". Telemovie ini akan disambung menjadi drama bersiri untuk tayangan di RTM dan masih di dalam proses penggambaran.

9 comments:

inie-chan said...

oh..yeke!

mYpRecious said...

oh.. jgn tak pecaye.. ini betul2 bukn dugaann.. hikksss..

kinto said...

*blur*

Cursive said...

huhuhu.. royalti mane royalti? hahahahaha..

xnx said...

iyo ko....tapi den xponah tengok laie cito nih..adiesss..cmno ley xtau nih.. ayarkkk

mYpRecious said...

ini betul2 la.. Nad penah nengok.. hikss.. Aku penah tgk 2 kali.. citer mmg le tak bape nak besh.. repek2 jew.. tp sbb ade lgu laki aku, aku gigih gak nengok smpai abes.. huhu

FastRi said...

huhu.. kalu x krn izhang suruh tgk, mmg aku x tgk cite ni. sbb mmg xbeh. nak buat bersiri lok? harap2 lebih baik dan menarik le

setjiweluke said...

time kasih fastri.. eheheh..

Cursive said...

camane ehh aku nok tgk? ade vcd, dvd atau youtube dok?

Post a Comment