Monday, October 12, 2009

Update & New Song : Fertilasi



Band Hujan dijadualkan untuk meneruskan Tour - Mencari Konklusi mereka di Kuala Terengganu. Tarikhnya mungkin pada 31hb Oktober 2009 dan SleepyJeremy will be likely to open for Hujan on that day. Tunggu confirmationlah. Setakat ini, tempat mungkin di Ibai Golf Resort bermula jam 8.00 malam dengan harga tiket RM15.00. Other band would be AwanBand.

Untuk bulan Disember pula, SleepyJeremy might feature dalam satu lagi local gig di Kuala Terengganu. Wait for further updates.

Its been another good week. Satu lagi lagu baru. Sessi merekod new release - EP dengan 7 lagu sedang dirangka dan harapnya the band boleh mengumpul tenaga, material dan semestinya sumber kewangan untuk merealisasikan apa yang dirancang . Ada mana-mana rekod label yang berminat ?

Fertilasi

Bukankah sudah
sampai waktu 'tuk berubah
anak muda
kini mula melangkah

liberasikan diri
suci jiwa dan hati

kerna kita
sasar mudah diperdusta
apa yang benar
tak seperti disangka

liberasikan diri
pandanglah dengan hati
tiba masa
'tuk bangun berdiri

c/o
Hanya kita yang berdaya
'tuk mengubah segalanya
Hanya kita yang berdaya
menghapus ular berbisa
kita masih punya masa
jangan sekali dipersia
hanya kita...

fertilasi
pancaran bongkah besi
berakar umbi (dalam diri)
melumat jati diri

konsumer virus benci
hayat bersumber api
tiba masa
'tuk cuba berhenti

c/o
Hanya kita yang berdaya
'tuk mengubah segalanya
Hanya kita yang berdaya
menghapus ular berbisa
kita masih punya masa
jangan sekali dipersia
hanya kita...

merencana
dongeng massa perdaya
fantasia
kecil hingga dewasa

liberasikan diri
hidup perlu berarti
tiba masa
'tuk cuba berdiri

6 comments:

Cursive said...

waaaaahhhhhhhhhhhh.. besnyeeeeeeeeeeee!!!!

FastRi said...

ooo... itu 31 Okt nye. Aku jadi 'line-up' SLEEPY blh dok? nok masuk free.. haha

ujay said...

haha!jap..aku rs..kalo dok silap dngo2 lok..masuk adalah percuma..dok tahu la..kte tgu la tekgi..

FastRi said...

sape barisan kemungkinan ni? serta posisi masing2. stail dokleh jangka leni. sebab tadok jangka lukis

Eezmo said...

eheh.. free form art dok paka jangka lukis.. huhu.. petang layang gig.. malam layang bola plok.. ke guaners?

FastRi said...

eh, mu kata malam gig nye. update skit boh

Post a Comment