Hye guys,
We're on the 2crank.com now. Feels free to visit us there through this link :
We're on the 2crank.com now. Feels free to visit us there through this link :
"Katakan Padaku" which was taken from our e.p "Lifetime Valentine" has been uploaded as well. Come and support us. Thanks.
1 comment:
Memang sebelum ni aku janji nak beri komen pasal 2 buah lagu baru Sleepy kepada Izhan, tapi tak terbuat...tapi bila baru ni aku dgr Izhan berkata pada Sedang bahawa Sleepy nak main lagu-lagu lama sahaja dalam gig nanti aku cepat-cepat tulis bende ni walaupun otak aku ada rasa-rasa serabut sikit.
menurut feedback yang aku dgr dari mulut izhan sendiri ada orang mengatakan lagu baru Sleepy ada kedengaran seperti U2, dan aku dgr sendiri dari telinga aku ada orang tanya "bakpe aku rasa macam x beh?" Dalam perkiraan aku, mungkin Izhan mengambil kira hal ini, maka diputuskannya untuk bermain lagu-lagu lama. Katanya enjoy.
Ye betul, salah satu daripada dua lagu tersebut memang dari telinga random aku ada kedengaran seperti U2, malah kadang kadang aku rasakan kedua-duanya pun, tetapi ia tidaklah begitu obvious..Dan terkadang salah satu daripada dua lagu baru itu kedengaran seperti PADI, tapi ia juga tidak begitu obvious.
Aku telah lama mengikuti perkembangan muzik Sleepy, dari band ini di kenali dengan nama Up Roof B-Side lagi sehinggalah sekarang. Aku rasa ianya terus berkembang..dan sebenarnya aku sangat suka dengan perkembangan ini, malah dengan dua lagu barunya. Ia develop. Skilnya berkembang, dan muziknya terus bertambah matang. Dua buah lagu baru ini, memang agak berbeza tetapi ia telah meninggalkan muzik zaman remaja, muzik riang-ria. Dua buah lagu baru itu menampakkan kejantanan sleepy bagi aku.. Jika diibaratkan orang, lagu baru ini menggambarkan orang yang berperawakan bermisai lebat dan berjanggut, jauh meninggalkan watak budak kolej berbeg sandang...ia percambahan dalam muzik dan karya yang jarang orang dapat explore..pasai bunyi dia mcm U2 ke apa ke, itu biasalah. Dan muzik sebegini parahnya jarang orang mengerti..
Adat manusia, ia suka mengangung-agungkan barang yang lepas..seperti The Ramones, orang suka akan album lamanya Road to Ruin, atau The Cure orang juga suka album-album awalnya (aku pun), seperti juga Search orang suka album lamanya Fenomena. Seperti Search, aku paling suka album Karisma, dan diakui sendiri oleh kebanyakkan dari pemuziknya..tapi ia kurang mendapat sambutan peminat..itu biasa, tapi dari segi muzik sapa berani sangkal lagu Diari Habil dan Qabil lagu yang amat gila? muziknya berubah-rubah, bukan senang..tapi orang lebih suka lagu meniti titian usang aku rasa hahahaha.. Search pernah mempertaruhkan album Rock N Roll Pie, kononnya album Rock N Roll Pie mengambil formula dari album Fenomena, tetapi masih hancur dari diterima peminat..
Dulu aku dan Matyie, pernah bercakap-cakap bahawa tak salah Sleepy kalau nak go on radio..sebab muziknya, dan sebab liriknya... ianya art semata-mata, tanpa membawa ideologi-ideologi untuk disampaikan. Tetapi aku respek band ini mahu terus stay DIY. Bermakna, dari satu sudut ia bersedia untuk tidak mendahului pendengar daripada kepuasannya dalam berkarya. Ini bagus. Jarang orang dapat melakukan ini dengan hati kering..
Bagi aku, aku suka lagu baru ni..ia mungkin tidak dapat membawa aku menghentak kaki bersama dengan alunan muzik catchy sleepy seperti sebelum ini, tapi mungkin kalau dipentas ia bisa membawa mata aku terpaut pada tangan-tangan, dan kalau di radio ia mungkin bisa membuat hati aku gelisah...
Dulu aku nak buang kaset THE CURE The Cure, sekarang ia berada dalam list simpanan aku, yang tarafnya pustaka kahkahkah
Lain padang lain belalang, lain orang lain ragam..terserah!!
Post a Comment