
Sebuah lagu moderate rock yang bertempo sederhana.
"DUNIA" berkisar mengenai kebejatan dunia masakini yang terbelenggu dengan peperangan yang tidak berkesudahan. Sampai bila kita harus bergantung kepada hukum rimba untuk menyelesaikan perselisihan pendapat. Sanggupkah kita mengaku bertamadun sedangkan tindak tanduk kita sebagai manusia kadang kala lebih keji dan hina dari haiwan? Bom-bom manusia sekarang bukan sahaja menghancurkan generasi sekarang, malah meninggalkan kesan pada generasi akan datang. Bangkitlah wahai anak muda. Katakan tidak kepada peperangan!
Lirik (Draf pertama):
Apa yang terjadi
tidak ku fahami
sengketa duniawi
yang hanya mengerti
bicara mata yang lirih
air mata bersilih
tubuh menyembah bumi
ohh.. bebaskan dunia ini
ohh.. hentikan korban ini
kerana kita semua
punya akal dan rasa
kerana hanyalah cinta
yang kita tega
segala yang terjadi
gelap satu sisi
perakus duniawi
meledak sang bumi
bicara mata yang lirih
air mata bersilih
darah terus mengalir
ohh.. bebaskan dunia ini
ohh.. hentikan korban ini
kerana kita semua
punya akal dan rasa
kerana hanyalah cinta
yang kita tega
oh dunia
tiada sengketa
oh dunia
untuk kita semua