Photo owned by Nizam ZakariaRamai yang tak tahu tapi sebenarnya salah satu lagu dari ep pertama kami iaitu Katakan Padaku telah dipilih untuk menjadi lagu tema untuk sebuah telemovie "Radio Ga Ga" terbitan Zeel Production yang telah ke udara di RTM 1 pada penghujung tahun 2007 dan telah diulang tayang pada penghujung tahun 2008. Pengarah telemovie tersebut, saudara Nizam Zakaria secara peribadinya menyukai lagu ini dan telah meminta untuk memasukkan lagu Katakan Padaku sebagai lagu tema. Lagu ini pada asalnya dimuatkan kedalam kompilasi "Bollok Wok 3" yang merupakan himpunan band-band dari Terengganu dan versi yang terdapat didalam kompilasi tersebut adalah versi yang berlainan daripada versi ep kami. Kedua-dua versi tersebut ada dimuatkan didalam telemovie "Radio Ga Ga". Telemovie ini akan disambung menjadi drama bersiri untuk tayangan di RTM dan masih di dalam proses penggambaran.