Monday, January 26, 2009

Review by ROTTW Music Magazine


This review was published in DIY Section, ROTTW Issue 135 March 2008. Thanks to MOE.

Sleepyjeremy
Lifetime Valentine EP


Track 1:
Love On The Way Out

Tersenyum seketika apabila mendengar trek, dari bahagian intro sehingga penghabisan. Malah saya ulang dua tiga kali. Sound yang ditonjolkan agak menarik dan seimbang. Overdrive dan crunch gitar juga menjadi soundnya, tidak pecah dan terlalu kering. Secara langsung, tidak menjejaskan flow lagu. Vocal pronounciation boleh tahan, dan penulisan liriknya juga...boleh tahan. Melody line untuk lagu ini juga menarik dan kena dengan flow lagu. Hmm.. saya nak ulang dengar.


Track 2:
Mist Afternoon

Trek yang lebih perlahan berbanding trek sebelumnya. Music flow yang kena dengan konsep tajuknya..bagus bagus. Penghayatan lagu juga ok.Cuma vokal agak tenggelam sedikit berbanding sebelumnya. Sound yang seimbang antara semua instrumen. Saya suka efek gitarnya.. tidak kering dan sesuai dengan lagu.

Trek 3: Katakan Padaku

Trek Melayu antara tiga trek Inggeris yang lain. Agak catchy dan upbeat. Seronok betul sound dia. Pun saya ulang juga dua tiga kali. Sayang.. vokalnya kerapkali tenggelam oleh efek gitar. "Kata.. katakan...katakan padaku" line yang menarik, juga korus yang kuat hooknya. Hmm.. punya nilai komersial untuk market tempatan, sejujurnya.

Trek 4:
Beware Of Your Heart

Sebuah cover dari The Pilgrims, di bawa dengan gaya tersendiri. Menarik.


CD Lifetime Valentine ini didatangkan dengan packaging yang merisaukan saya. Sampul kertas yang mudah rosak jika tidak dihandle dengan baik. Namun sound dan muzik yang digarap cukup menarik dan impressive, walapun ada ketidakseimbangan di satu-satu bahagian. Biasalah tu.. nobody's perfect. Namun untuk rilisan EP, ini sudah cukup baik. Lagu Katakan Padaku merupakan sebuah trek yang boleh dijadikan single. Cuba master kembali dan hantar ke radio-radio tempatan.. sekadar cadangan. Mana tahu, kot-kot ada yang sangkut? Secara peribadinya CD ini memang menarik. Teringin juga melihat persembahan live mereka. Joinlah Soundstage, ada berani?


8 comments:

FastRi said...

ada brani ke? takdok batu blake awok ning

setjiweluke said...

huhu.. batu ade cikgu.. 2 je hok paka doh.. 3 agi bukuh molek agi.. eheh..

FerioBiru said...

good luck!

Cursive said...

hehehehe..

mYpRecious said...

euwwwww.... :p
oh apekahh??

AzimAzini said...

somebody said tht he wanted to play at Rock Da World..

Erieq said...

wahh., nice blogger :P

Anonymous said...

hehe

Post a Comment