Saturday, May 2, 2009

Madu 3 Part 2 : Bini Tengah

Mari berkenalan dengan satu lagi axe kesayangan aku. Ni yang no. 2 tapi yang ini lagi tua dari yang sulung. Kalau ikut kan surat beranak, nama dia Epiphone Les Paul Special II. Made in Japan di Terada Factory. yes, kilang yang sama yang mengeluarkan gitar Orville by Gibson / Gretsch tu. Tarikh lahir gitar ni adalah di bulan Oktober 1997 so umurnya dah mencecah 12 tahun dah. Dah boleh buat ic dah. hehe. Aku beli gitar ni pun 2nd hand jugak dari seorang mamat dari KL. Asalnya kosong je tanpa ade sticker. Yang berlambak-lambak tertampal tu aku sendiri yang letak. Gitar ni mase aku beli tu berenjinkan pickup Duncan Designed HB-103 kat bridge dan pickup asal Epiphone humbucker kat neck. Electronic ade sikit masalah di toggle switch sebab bile select neck pickup, die tak berbunyik. Anyway, aku beli pun 2nd hand dan electronic issue tu sebenarnya mudah je nak diperbetulkan. In fact, lepas aku godek-godek secara D.I.Y, switch tu pun aku dah tak pakai. Selepas dekat setahun gitar ni berade dalam simpanan aku, satu plan untuk modifikasi telah dirancang dan dilakukan.

Aku beli gitar ni sebab aku memang cukup suka dengan gitar yang berdesignkan Les Paul. Pengalaman pertama aku bersama Gibson Les Paul adalah semasa Festival Seni UM tahun 1998 kalau tak silap. Ade sorang mamat kolej aku bawak untuk digunakan oleh band die mase festival tu. Sempat jugaklah petik 2,3 not, strum 2,3 chord. Memang superb lah..
Next mase Sleepyjeremy merekod e.p Lifetime Valentine. Mase tu Ejai, sound engineer kasik pinjam. Gibson Les Paul Custom tu bai! Harga die kalau tak silap dekat RM20K. Haa, kalau nak dengar camne sound gitar harga RM20K, download lah e.p tu. Hehe.. Anyway, a real paula gibby memang mahal dan tak mampu aku nak beli. So, aku just resorted to a much cheaper solution walaupun aku tahu memang takleh lawan la the real deal. But still, aku cukup suka dengan gitar Epiphone ni.

Selepas dekat setahun gitar ni berade dalam simpanan aku, satu plan untuk modifikasi telah dirancang dan dilakukan. Sume keje-keje ni aku buat sendiri je. Mulanya memang nak antar kat guitar tech tapi memandangkan di bumi Terengganu species yang pakar menggodek gitar ni memang species terancam yang dah pupus, so aku try compile as much info as i can, dan buat sendiri secara D.I.Y. Memang totally fun sebab bley belajar banyak mende. Perkara pertama yang aku buat, aku kasik keluar sume enjin asal untuk digantikan. Plan aku nak jadikan gitar ni sebagai gitar rhtym especially nak achieve wall of sound untuk recording. Dalam kepale aku, aku nak sebijik gitar yang soundnye banyak bass dan padu so dengan berinpirasikan River Cuomo dari Weezer, aku dapatkan sebijik pickup baru iaitu Seymour Duncan® SH-4JB Black Version untuk dipasang kat position bridge. Pot aku tukar dari 250K yang asal kepada 1M dan sebab ni gitar rhytm, aku left out neck pickup dan aku just tutup dengan transparent card. Untuk electronic, aku kuarkan toggle switch sebab just pakai satu pickup dan aku kuarkan jugak tone pot sebab aku nak sound yang kuar full blast dari pickup. Lagipun selama aku main gitar pun, tone pot ni aku biar kat position maximum je . Next, aku install simple killswitch. Dengan adenye killswitch ni, aku boleh silencekan terus gitar ni dengan just tekan switch. Bley dapatla stuttering effect macam solo lagu Guerilla Radio - RATM.. D.I.Y memang fun. Recently aku ade buat satu lagi project D.I.Y. tapi yang ini aku cerita lain hari okey.

4 comments:

Mince4AM said...

hahaha mung mmg guiterorrist

Cursive said...

huhuhu.. mung memang arr seorang mekanik yang berjaye

jayra said...

woahh. besttt. :))) cantek.

Eezmo said...

huhu.. value gitar ning naik doh ning.. rizie dumdumtak pakai mase gig baru ning kang.. hahaha

Post a Comment