Wednesday, July 22, 2009

Semenanjung Registar




Aku terima email dari orang gila ni. Dia paksa aku suruh siarkan iklan dia, so aku siarkanlah.


Hi, apa kabor. Tengah buat benda tu. Korek idung ke? Ni Pokcik Kadir kau bercakap ni. Ni, nak kabor ke deme semua, Sila bagi perhatian.
Pokcik sekarang tengah nak buat satu makalah fanzine yang baru. Fanzine ni dalam BM. Nama dia Semenanjung Registar. Deme dengor dok ni? Maka, pokcik nak mintak contribution dari deme-deme semua untuk menjayakan Fanzine ni. Apa saja yang deme nok tulih, maroh kat bos, maroh kat idup, maroh kat pak cik jual air tebu depan rumoh atau tentang apa saja, sila antor kat Pokcik. kalau deme ni fanzine editor dan ada interview lebih, yang tak tersior, sila bagi kat pakcik. Setiap contribution akan dibayar sebanyak lima juta sorang. (Pasal duit takyah risau-Pokcik baru rompak sebuah bank kat mongolia semalam). So hantorkan coretan anda ke.

Sunday, July 19, 2009

Ayam, Helang, Itik atau Kambing : Siapa yang benar?

Di kampung kita ada keributan.

Anak ayam mati jatuh dari sarang sang Helang.


Sunday, July 12, 2009

Goodbye Sedang !


Terima Kasih Sedang !

Selepas sekian lama bersama band, Sedang telah mengambil keputusan untuk mengundurkan diri daripada Sleepyjeremy. Pengunduran diri Sedang bukannya adalah disebabkan perbalahan atau pun salah faham. Cuma isu-isu peribadi dan komitmen menjadi faktor utama keputusan ini terpaksa diambil. Sebagai salah seorang founder band, ketiadaan Sedang sudah pasti akan dirasai. Kami tetap menyokong apa sahaja keputusan Sedang dan semoga Sedang akan terus maju jaya dalam apa jua yang dilakukan.

Terima kasih di atas segala-gala.

Berikutan keputusan Sedang ini, band mempunyai kekosongan di posisi vokalis.

Aku dah bosan dengan kestatikan band berikutan masalah kejauhan antara satu sama lain. Aku tak merasakan ia akan berjaya.

Jadi, aku mempunyai keinginan untuk menjadikan Sleepyjeremy kembali sebagai Kuala Terengganu-based band. Sebuah band yang dianggotai oleh semua ahli yang boleh berjamming sekurang-kurangnya seminggu sekali. Untuk show. Untuk gig. Untuk recording. Untuk progress. Bandmates yang boleh duduk berbincang bersama-sama bila-bila masa. Yang boleh petang-petang lepak-lepak minum air.

what do you think?

Tuesday, July 7, 2009

Turning Point?

Kalau kerajaan, ada rombakan kabinet. Kalau korporat, ada penstrukturan semula. Kalau perkhidmatan awam, ada rombakan jabatan. Terpaksa buat. Dan terpaksa menerima. Dengan berat hati.

Dalam keadaan sekarang, band seperti tersekat. Band perlu progress. Band perlu maju. Band perlu prektis.

10 Julai 2009?