Showing posts with label goodbye. Show all posts
Showing posts with label goodbye. Show all posts

Sunday, July 12, 2009

Goodbye Sedang !


Terima Kasih Sedang !

Selepas sekian lama bersama band, Sedang telah mengambil keputusan untuk mengundurkan diri daripada Sleepyjeremy. Pengunduran diri Sedang bukannya adalah disebabkan perbalahan atau pun salah faham. Cuma isu-isu peribadi dan komitmen menjadi faktor utama keputusan ini terpaksa diambil. Sebagai salah seorang founder band, ketiadaan Sedang sudah pasti akan dirasai. Kami tetap menyokong apa sahaja keputusan Sedang dan semoga Sedang akan terus maju jaya dalam apa jua yang dilakukan.

Terima kasih di atas segala-gala.

Berikutan keputusan Sedang ini, band mempunyai kekosongan di posisi vokalis.

Aku dah bosan dengan kestatikan band berikutan masalah kejauhan antara satu sama lain. Aku tak merasakan ia akan berjaya.

Jadi, aku mempunyai keinginan untuk menjadikan Sleepyjeremy kembali sebagai Kuala Terengganu-based band. Sebuah band yang dianggotai oleh semua ahli yang boleh berjamming sekurang-kurangnya seminggu sekali. Untuk show. Untuk gig. Untuk recording. Untuk progress. Bandmates yang boleh duduk berbincang bersama-sama bila-bila masa. Yang boleh petang-petang lepak-lepak minum air.

what do you think?