Terima Kasih Sedang !
Selepas sekian lama bersama band, Sedang telah mengambil keputusan untuk mengundurkan diri daripada Sleepyjeremy. Pengunduran diri Sedang bukannya adalah disebabkan perbalahan atau pun salah faham. Cuma isu-isu peribadi dan komitmen menjadi faktor utama keputusan ini terpaksa diambil. Sebagai salah seorang founder band, ketiadaan Sedang sudah pasti akan dirasai. Kami tetap menyokong apa sahaja keputusan Sedang dan semoga Sedang akan terus maju jaya dalam apa jua yang dilakukan.
Terima kasih di atas segala-gala.
Berikutan keputusan Sedang ini, band mempunyai kekosongan di posisi vokalis.
Aku dah bosan dengan kestatikan band berikutan masalah kejauhan antara satu sama lain. Aku tak merasakan ia akan berjaya.
Jadi, aku mempunyai keinginan untuk menjadikan Sleepyjeremy kembali sebagai Kuala Terengganu-based band. Sebuah band yang dianggotai oleh semua ahli yang boleh berjamming sekurang-kurangnya seminggu sekali. Untuk show. Untuk gig. Untuk recording. Untuk progress. Bandmates yang boleh duduk berbincang bersama-sama bila-bila masa. Yang boleh petang-petang lepak-lepak minum air.
what do you think?
13 comments:
Au Revoir Sedang.. U've been such a good Vox, and i admired ur voice a lot.. :p
It's been such a huge loss to sleepy..
gud bye sedang.. :(
gogo chaiyok!!huu
bagaimana pula dengan kedudukan ujay yang juga nun jauh di sana?
hm..aku pon fikir same macam fazri gk..
gane ngan aku sbenonye..aku dok mampu utk berjamming sekurang-kurangnya seminggu sekali. Untuk show. Untuk gig. Untuk recording. Untuk progress. Bandmates yang boleh duduk berbincang bersama-sama bila-bila masa. Yang boleh petang-petang lepak-lepak minum air..
saye pon same..
sleepy jeremy takkan same tanpa kelunakan suara sedang dan keunikan ketukan drum ujay, kinto boleh blah.. hahahahaa..
huhuhu.. teringat zamang-zamang dulu, jamming 7 kali seminggu, 24 jam sehari, lepak-lepak ngutuk2 ujay atau maro gile atau adik angkat ujay, pahtu gi minum kedai josh, kedai underground, kedai tepi air, kedai hot hot panas panas, hok paling penting lepak kedai awang..
aku pulok stuju nge apis. aku rasa drum ujay unik dan sangat sesuai nge sleepy
ujay kabo ke aku die tamoh main drum doh.. die nok nyanyi plok..
mmg sbb sedang nok kuo jadi,aku rase macam nok gati ye..tapi bile mu kate "Berikutan keputusan Sedang ini, band mempunyai kekosongan di posisi vokalis." jadi..aku pon macam pening gok aluh2..aku tpiki macam mu nok rekrut org laen je gati tepat sedang..ke gane,awok2?doh awok2 rase aku lulus dok nok gati sedang ni? ni?haha!
Selamat maju jaya sedang, bini bila due? Orang hok ada band mesti faham nge situasi ni dok? Ujay punya posisi, aku no komen, yang nyatanya, gambo sebeloh menunjukkan gambo rambut panjang ujay yang menggerbang. Grrrrrr.... Makan budak!!!!!
(sapa pulok yag menyampuk ni?)
ujay rockstar..dop payoh ah ambik ujay..kah3x..
seram rambut ujay..xdop daroh..hor, molek ambik ah ganti dgn awang! awang single duk ganu tu..
-anix
erk? abg idang letok jawatan? :(
Post a Comment