Thursday, October 1, 2009

Selamat Datang Teman

Ini lagu terbaru daripada kami.

Perkauman adalah kebencian dan keangkuhan. Perkauman adalah prejudis. Prejudis kaum dan bangsa akan membuahkan perlakuan diskriminasi. Sesungguhnya manusia itu satu, walau apa pun warna kulitnya baik hitam, putih, kuning, coklat, biru, merah, kelabu mahupun ungu.

Perkauman hanya merencatkan evolusi manusia.


Selamat Datang Teman

Selamat datang temanku
raih tangan bersamaku
ikut langkah kemana ku tuju

Selamat datang temanku
Tabahkanlah hatimu
kerna disini tak seindah mimpimu

dan takkan
seindah mimpimu

c/o
Di setiap langkahmu
di setiap penjuru
pasti ada
mereka yang buntu

Walau mentari terang
hidup semakin kelam
tertindas
oleh kewarasan yang makin hilang

Selamat datang semua
saksikanlah kisahnya
yang tak punya
pasti saja
kan terus merasa hiba

Usah dipersulitkan
Langkahlah seiringan
ayuh kita
robohkan semua halangan

hulurkan tangan

repeat c/o

Sunday, September 27, 2009

Nasik Dagang Raya Gig


Terima kasih tidak terhingga buat semua yang memberi sokongan. Terima kasih juga buat organizer yang sudi menjemput kami untuk memeriahkan suasana. Terengganu's kids memang best. Keep on rockin' ! Stay away from racism shits !

Tuesday, September 1, 2009

Jom Beraya !

Sleepyjeremy back in action. Eheh.. jom beraya bersama di Dewan Seri Budi, Kuala Terengganu beramai-ramai.


Wednesday, July 22, 2009

Semenanjung Registar




Aku terima email dari orang gila ni. Dia paksa aku suruh siarkan iklan dia, so aku siarkanlah.


Hi, apa kabor. Tengah buat benda tu. Korek idung ke? Ni Pokcik Kadir kau bercakap ni. Ni, nak kabor ke deme semua, Sila bagi perhatian.
Pokcik sekarang tengah nak buat satu makalah fanzine yang baru. Fanzine ni dalam BM. Nama dia Semenanjung Registar. Deme dengor dok ni? Maka, pokcik nak mintak contribution dari deme-deme semua untuk menjayakan Fanzine ni. Apa saja yang deme nok tulih, maroh kat bos, maroh kat idup, maroh kat pak cik jual air tebu depan rumoh atau tentang apa saja, sila antor kat Pokcik. kalau deme ni fanzine editor dan ada interview lebih, yang tak tersior, sila bagi kat pakcik. Setiap contribution akan dibayar sebanyak lima juta sorang. (Pasal duit takyah risau-Pokcik baru rompak sebuah bank kat mongolia semalam). So hantorkan coretan anda ke.

Sunday, July 19, 2009

Ayam, Helang, Itik atau Kambing : Siapa yang benar?

Di kampung kita ada keributan.

Anak ayam mati jatuh dari sarang sang Helang.


Sunday, July 12, 2009

Goodbye Sedang !


Terima Kasih Sedang !

Selepas sekian lama bersama band, Sedang telah mengambil keputusan untuk mengundurkan diri daripada Sleepyjeremy. Pengunduran diri Sedang bukannya adalah disebabkan perbalahan atau pun salah faham. Cuma isu-isu peribadi dan komitmen menjadi faktor utama keputusan ini terpaksa diambil. Sebagai salah seorang founder band, ketiadaan Sedang sudah pasti akan dirasai. Kami tetap menyokong apa sahaja keputusan Sedang dan semoga Sedang akan terus maju jaya dalam apa jua yang dilakukan.

Terima kasih di atas segala-gala.

Berikutan keputusan Sedang ini, band mempunyai kekosongan di posisi vokalis.

Aku dah bosan dengan kestatikan band berikutan masalah kejauhan antara satu sama lain. Aku tak merasakan ia akan berjaya.

Jadi, aku mempunyai keinginan untuk menjadikan Sleepyjeremy kembali sebagai Kuala Terengganu-based band. Sebuah band yang dianggotai oleh semua ahli yang boleh berjamming sekurang-kurangnya seminggu sekali. Untuk show. Untuk gig. Untuk recording. Untuk progress. Bandmates yang boleh duduk berbincang bersama-sama bila-bila masa. Yang boleh petang-petang lepak-lepak minum air.

what do you think?

Tuesday, July 7, 2009

Turning Point?

Kalau kerajaan, ada rombakan kabinet. Kalau korporat, ada penstrukturan semula. Kalau perkhidmatan awam, ada rombakan jabatan. Terpaksa buat. Dan terpaksa menerima. Dengan berat hati.

Dalam keadaan sekarang, band seperti tersekat. Band perlu progress. Band perlu maju. Band perlu prektis.

10 Julai 2009?