Saturday, April 18, 2009

Madu 3 Part 1 : Bini Sulung

Ini yang sulung. Strat copy yang tidak diketahui asal usulnya kerana logo pada headstock dah dipadamkan oleh tuan asal. No siri gitar pun tak dapat dikesan dimana-mana. Dibeli daripada Awang DullyDog. Sebelum Awang, tuan punya gitar ni adalah Za dari band Zender, sebuah band ala Weezer dan rasenye die pun beli Used jugak.. dah tangan ke berape pun tak tau dah. Za memang River Cuomo punyer freak. Itu menerangkan kepelbagaian sticker pada pickguard gitar ni ala gitar strat River Cuomo. yang famous tu. Dah beberapa kali jugak digunakan oleh aku untuk digunakan untuk gig dan shows dan sehingga sekarang tidak pernah menghampakan bagi sebuah low-line gitar . Kedua-dua pickup single coil tu adalah stock pickup manakala bridge pickup asal telah ditukar oleh Awang kepada jenis Lazer. Apapun, sound yang keluar dari gitar ini sweet jugak walaupun hum dengan agak obvious. Pickup upgrade tu telah dipasang oleh Kuyie, tokey studio MOM yang femes dikalangan undergrounders dulu-dulu tu. So, I'm having a piece of history jugak le kang pasal Kuyie dah pun pencen.

Tapi aku ade plan jugak nak upgrade gitar ni. Mungkin instead dari S-S-H punye combination kasik tukar pada H-H macam River Cuomo sebab aku still ade 2 bijik Humbucker yang dicabut dari bini no.2 yang telah dioperate oleh aku secare D.I.Y tu. Pasal bini no. 2 tu nanti aku cerita lagi untuk next post. Hehe. Sementara tu, kalu ade ape-ape idea yang boleh menaikkan lagi tahap cun gitar ni bley le berkongsi.


2 comments:

mYpRecious said...

excuse me encip sayang.. org ni bini nombor bape la gamok2nye? fiu fiu fiu...

Cursive said...

letok turbo ngan ekzos besor.. baru power bunyi dier.. hahaha!!

Post a Comment