
Human First Collective rocks!!!!
p/s: Wait for the full story
p/s: Wait for the full story
Mari berkenalan dengan satu lagi axe kesayangan aku. Ni yang no. 2 tapi yang ini lagi tua dari yang sulung. Kalau ikut kan surat beranak, nama dia Epiphone Les Paul Special II. Made in Japan di Terada Factory. yes, kilang yang sama yang mengeluarkan gitar Orville by Gibson / Gretsch tu. Tarikh lahir gitar ni adalah di bulan Oktober 1997 so umurnya dah mencecah 12 tahun dah. Dah boleh buat ic dah. hehe. Aku beli gitar ni pun 2nd hand jugak dari seorang mamat dari KL. Asalnya kosong je tanpa ade sticker. Yang berlambak-lambak tertampal tu aku sendiri yang letak. Gitar ni mase aku beli tu berenjinkan pickup Duncan Designed HB-103 kat bridge dan pickup asal Epiphone humbucker kat neck. Electronic ade sikit masalah di toggle switch sebab bile select neck pickup, die tak berbunyik. Anyway, aku beli pun 2nd hand dan electronic issue tu sebenarnya mudah je nak diperbetulkan. In fact, lepas aku godek-godek secara D.I.Y, switch tu pun aku dah tak pakai. Selepas dekat setahun gitar ni berade dalam simpanan aku, satu plan untuk modifikasi telah dirancang dan dilakukan.
clockwise: Awang, Idah, Yo and Izhan
Yes you didnt read it wrong. After a long hiatus, 50 K Promises is back into action promising the crowd one hell of fuzz-pop-geek rock experience. The gig is organized by the cool kids under the name of Human First Collective together with helping hands of 41+9 Records, Green Peace Distro and Corerockmoon Records. It was Aniq of Corerockmoon Records who contacted me telling 50 K Promises is invited to play in this upcoming gig. Well, the band had never jammed together for as long as I can remember and I could not give him any promises (no pun intended) especially with Kay who just recently blessed with a beautiful daughter, Yusri being so busy making his trips between Bangi - Kuala Terengganu and Nazri who nowhere can be found. I'm not that hopeful that the band would ever can make it but still, Aniq stressed that the kids would love to see 50 K Promises on the stage.
Ini yang sulung. Strat copy yang tidak diketahui asal usulnya kerana logo pada headstock dah dipadamkan oleh tuan asal. No siri gitar pun tak dapat dikesan dimana-mana. Dibeli daripada Awang DullyDog. Sebelum Awang, tuan punya gitar ni adalah Za dari band Zender, sebuah band ala Weezer dan rasenye die pun beli Used jugak.. dah tangan ke berape pun tak tau dah. Za memang River Cuomo punyer freak. Itu menerangkan kepelbagaian sticker pada pickguard gitar ni ala gitar strat River Cuomo. yang famous tu. Dah beberapa kali jugak digunakan oleh aku untuk digunakan untuk gig dan shows dan sehingga sekarang tidak pernah menghampakan bagi sebuah low-line gitar . Kedua-dua pickup single coil tu adalah stock pickup manakala bridge pickup asal telah ditukar oleh Awang kepada jenis Lazer. Apapun, sound yang keluar dari gitar ini sweet jugak walaupun hum dengan agak obvious. Pickup upgrade tu telah dipasang oleh Kuyie, tokey studio MOM yang femes dikalangan undergrounders dulu-dulu tu. So, I'm having a piece of history jugak le kang pasal Kuyie dah pun pencen.